Lady Bird (filem)

Lady Bird merupakan filem komedi-drama Amerika Syarikat tahun 2017 yang ditulis dan diarahkan oleh Greta Gerwig. Ia dibintangi oleh Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Lucas Hedges, Timothée Chalamet, Tracy Letts, Beanie Feldstein, Stephen McKinley Henderson, dan Lois Smith. Lady Bird telah ditayangkan di Festival Filem Telluride pada 1 September 2017, sebelum ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 3 November 2017 oleh A24. Di Amerika Syarikat sahaja, filem ini mengutip keuntungan sebanyak $34 juta. Filem ini dipilih oleh National Board of Review, American Film Institute, dan majalah Time sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun 2017.[3][4][5] Filem ini turut memenangi Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi dan Pelakon Wanita Terbaik – Muzikal atau Komedi (Ronan) di Anugerah Golden Globe ke-75.

Lady Bird (filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Jon Brion
Disunting oleh Nick Houy
Pengarah Greta Gerwig
Penerbit
Penulis Greta Gerwig
Pecah panggung $34.1 juta[2]
Mula ditayangkan 1 September 2017 (2017-09-01) (Telluride)
November 3, 2017 (AS)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Sam Levy
Tempoh tayangan 93 minit
Dibintangi oleh
Negara AS
Pengedar
Perbelanjaan $10 juta[1]